
Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022)
Kerajaan telah mewartakan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) efektif pada 1 Januari 2023 seperti infografik di atas. Terdapat sejumlah pindaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menambah baik akta tersebut supaya kepentingan para pekerja di negara ini lebih terpelihara. Terdapat dua perubahan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan cara kira OT seperti seperti di bawah:
- Pengurangan jumlah jam kerja seminggu dari 48 jam ke 45 jam seminggu.
- Kelayakan menuntut OT telah dinaikkan dari gaji RM2000 ke RM4000.
Seterusnya kita lihat perbezaan dalam kaedah pengiraan OT atau kerja lebih masa (Overtime) sebelum dan selepas pindaan.
Cara kira OT sebelum pindaan 🔍
Contoh1- Kerja Lebih Masa Hari Biasa (Normal OT)
- Gaji : RM2,000
- Jumlah Jam OT (Normal) untuk bulan tersebut: 18 jam
- Kadar OT (Normal): 1.5
- Hari ORP: 26 (Ordinary Rate of Pay / Kadar gaji sehari – Untuk dapatkan kadar gaji sehari, jumlah gaji sebulan akan dibahagikan dengan 26 hari)
- Jam HRP: 8 (Hourly Rate of Pay / Kadar gaji sejam – Untuk dapatkan kadar gaji sejam, kadar gaji sehari akan dibahagikan dengan jumlah jam kerja yang biasa, iaitu 8 jam)
Cara pengiraan OT:
= Gaji / Hari ORP / Jam HRP x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 8 x 18 x 1.5
= 259.62
Jumlah bayaran OT Normal bagi bulan tersebut adalah RM259.62
Cara kira OT selepas pindaan 🔍
Pengiraan OT selepas pindaan adalah bergantung kepada perubahan waktu kerja yang telah dilaksanakan sempena pengurangan jam kerja seminggu ke 45 jam, berikut adalah 2 contoh waktu kerja baru yang mungkin dilaksanakan oleh sesetengah perniagaan selepas pindaan:
Waktu Kerja 1
- 6-hari seminggu, Isnin-Sabtu: 8.30am-5.00pm (Tolak 1 jam rehat)
- Jumlah jam seminggu = 45 jam (7.5jam x 6hari)
- Jam HRP = 7.5
(Guna keterangan gaji yang sama seperti Contoh1 di atas)
- Gaji : RM2,000
- Jumlah Jam OT (Normal) untuk bulan tersebut: 18 jam
- Kadar OT (Normal): 1.5
Cara pengiraan OT:
= Gaji / Hari ORP / Jam HRP x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 7.5 x 18 x 1.5
= 276.92
Jumlah bayaran OT Normal bagi bulan tersebut adalah RM276.92
Waktu Kerja 2
- 6-hari seminggu, Isnin-Jumaat: 8.30am-5.30pm (Tolak 1 jam rehat), Sabtu: 8.30am-1.30pm (Half-day)
- Jumlah jam seminggu = 45 jam [(8jam x 5hari) + (5jam x 1hari)]
- Jam HRP = 8
(Guna keterangan gaji yang sama seperti Contoh1 di atas)
- Gaji : RM2,000
- Jumlah Jam OT (Normal) untuk bulan tersebut: 18 jam
- Kadar OT (Normal): 1.5
Cara pengiraan OT:
= Gaji / Hari ORP / Jam HRP x Jumlah Jam OT x Kadar OT
= 2,000 / 26 / 8 x 18 x 1.5
= 259.62
Jumlah bayaran OT Normal bagi bulan tersebut adalah RM259.62
Perhatikan perbezaan kaedah pengiraan bagi kedua-dua waktu bekerja di atas, yang tertakluk pada jumlah jam kerja yang biasa bagi kedua-dua waktu tersebut.
Iklan
Template Payrollexcel dilengkapi dengan OT calculator bagi memudahkan majikan mengira jumlah bayaran OT pekerja. Anda hanya perlu masukkan jumlah jam OT ke kolum yang berkenaan (Normal/Hari Rehat/CutiUmum) dan seterusnya jumlah yang perlu dibayar akan dikira secara automatik. Sila ke Tutorial Page untuk info lanjut, atau ke Home page untuk beli template.
Penafian:
- Sila hubungi Pejabat buruh terdekat untuk info lebih lanjut tentang Waktu Kerja baru serta kadar ORP/HRP.
- Tulisan ini adalah untuk tujuan perkongsian pendapat semata-mata dan bukannya nasihat perundangan