
Cara kira gaji pekerja yang betul adalah sangat penting bagi sesebuah syarikat atau perniagaan. Ini adalah kerana para pekerja dilindungi oleh Akta Kerja 1955, yang membolehkan mereka membuat aduan ke JTK sekiranya terdapat sebarang kesalahan di dalam pembayaran gaji.
Bermula pada tahun 2023 terdapat beberapa pindaan penting terhadap akta tersebut yang mempunyai kaitan secara langsung dengan pengiraan gaji pekerja seperti di bawah:
- Pengurangan jumlah jam kerja seminggu dari 48 jam ke 45 jam seminggu.
- Kelayakan menuntut OT (Overtime/Kerja Labih Masa) telah dinaikkan dari gaji RM2000 ke RM4000.
- Gaji minimum RM1500
- Kaedah pengiraan gaji bagi pekerja yang tidak cukup kerja sebulan (secara Pro-rata), atas sebab-sebab berikut;
- Memulakan kerja pada pertengahan bulan (pekerja baru)
- Berhenti kerja sebelum hujung bulan
- Cuti tanpa gaji
Para majikan seharusnya sedar akan perubahan di atas bagi mengelakkan sebarang kesilapan di dalam pengiraan gaji, yang kelak mampu mencetuskan pelbagai masalah. Pembayaran gaji yang tepat juga mampu meningkatkan motivasi para pekerja untuk bekerja dengan lebih jujur dan amanah.
Terdapat beberapa aspek utama di dalam pengiraan gaji pada setiap bulan, antaranya adalah pengiraan caruman (kwsp, perkeso, sip) serta gaji bersih (Nett Salary). Kami akan tampilkan beberapa senario atau kaedah yang biasa dihadapi oleh para majikan di dalam proses pengiraan gaji.
Cara Kira Gaji Basic Sahaja
Pengiraan gaji bagi keadaan ini adalah yang paling mudah di dalam proses pengiraan gaji, kerana tiada tambahan pendapatan lain atau penolakan gaji. Keterangan di bawah menunjukkan cara untuk mendapatkan jumlah caruman bagi pekerja serta majikan, dan juga gaji bersih pekerja
Contoh 1:
Gaji Pokok/Asas/Basic = RM1500
Kaedah pengiraan bagi caruman kwsp, perkeso, sip serta Gaji Bersih bagi Contoh1 di atas adalah seperti berikut:
- Cara dapatkan caruman KWSP
Jumlah caruman bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman KWSP yang terkini yang boleh di dapati dari link website KWSP di bawah:
Kadar Caruman KWSP
Menurut Contoh 1 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum KWSP adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum KWSP |
Gaji = RM1500 | RM1500* (* Nota: Pendapatan perlu carum adalah sama dengan gaji pokok kerana tiada pendapatan tambahan lain, dan tiada sebarang penolakan gaji) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1500 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual KWSP di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman kwsp bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM195
- Caruman Pekerja =RM165
- Jumlah caruman =RM360
- Cara dapatkan caruman PERKESO
Jumlah caruman bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman Perkeso yang terkini yang boleh di dapati dari link website Perkeso di bawah:
Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)
Menurut Contoh 1 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum PERKESO adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum PERKESO |
Gaji = RM1500 | RM1500* (* Nota: Pendapatan perlu carum adalah sama dengan gaji pokok kerana tiada pendapatan tambahan lain, dan tiada sebarang penolakan gaji) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1500 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual PERKESO di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman PERKESO bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM25.35
- Caruman Pekerja =RM7.25
- Jumlah caruman =RM32.60
- Cara dapatkan caruman SIP
Jumlah caruman SIP bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman SIP yang terkini, yang boleh di dapati dari website PERKESO.
Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)
Menurut Contoh 1 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum SIP adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum SIP |
Gaji = RM1500 | RM1500* (* Nota: Pendapatan perlu carum adalah sama dengan gaji pokok kerana tiada pendapatan tambahan lain, dan tiada sebarang penolakan gaji) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1500 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual SIP di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman SIP bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM2.90
- Caruman Pekerja =RM2.90
- Jumlah caruman =RM5.80
- Cara kira Gaji Bersih
Setelah mendapatkan jumlah semua caruman di atas, majikan boleh mula membuat pengiraan gaji bersih (Nett Salary), dengan cara menolakkan gaji basic pekerja dengan jumlah caruman pekerja bagi kwsp, perkeso dan sip seperti formula di bawah:
Keterangan gaji bagi Contoh 1 yang telah berjaya diperolehi:- Gaji Basic = RM1500
- Caruman KWSP pekerja = RM165
- Caruman Socso pekerja = RM7.25
- Caruman sip pekerja = RM2.90
Formula:
Gaji Bersih = Gaji Basic – (Caruman KWSP pekerja + Caruman perkeso pekerja + Caruman sip pekerja)
Masukkan keterangan gaji Contoh1 ke dalam formula Gaji Bersih:
= 1500 – (165 + 7.25 + 2.90)
= 1500 – (175.15)
= 1500 -175.15
= 1324.85
Gaji bersih yang perlu dibayar pada pekerja adalah RM1324.85
Langkah seterusnya adalah untuk merekabentuk slip gaji dengan menggunakan applikasi yg sesuai seperti Microsoft Words, Excel, Powerpoint atau lain-lain. Masukkan data-data gaji yang telah diperolehi di atas ke dalam Slip gaji pekerja yang telah dibina, seperti contoh di bawah:

Iklan
Template Payrollexcel mengandungi (built-in) jadual caruman KWSP, PERKESO dan SIP yang terkini. Anda hanya perlu masukkan gaji pekerja, dan seterusnya sistem akan mengira Gaji Bersih serta jumlah caruman kwsp, perkeso dan sip akan ‘dicapai’ secara automatik. Sila ke Tutorial Page untuk info lanjut, atau ke Home page untuk beli template.
Versi v2.6.3 (2024)
Pengguna sedia ada boleh muat turun versi terbaru v2.6.3 yang telah dikemaskini dengan jadual PERKESO dan SIP terbaru, efektif 1 Oktober 2024
Basic Pax50
Upgrade Pax100
Penafian:
- Tulisan ini adalah untuk tujuan perkongsian pendapat semata-mata dan bukannya nasihat perundangan
- Sila hubungi pejabat buruh yang terdekat sekiranya terdapat sebarang kemusykilan perihal pengiraan gaji pekerja.