
Bermula pada tahun 2023, Akta Kerja 1955 telah menetapkan penggunaan kaedah Pro-rata untuk pengiraan gaji pekerja yang tidak cukup kerja sebulan. Terdapat beberapa situasi yang memungkinkan perkara ini terjadi, pada kebiasaannya adalah pengambilan Cuti Tanpa Gaji (CTG). Majikan perlu tahu cara kira Cuti Tanpa Gaji kerana ia berkait rapat dengan pengiraan gaji seseorang pekerja.
Majikan juga perlu peka dengan situasi seperti ini supaya kesilapan di dalam pengiraan gaji dapat dielakkan agar tidak menyebabkan sebarang kerugian kepada kedua belah pihak majikan dan pekerja. Keterangan di bawah menunjukkan cara untuk mengira penolakan bagi CTG dan seterusnya mendapatkan jumlah caruman bagi pekerja serta majikan, dan juga gaji bersih pekerja.
Contoh 3 – Cuti Tanpa Gaji
- Gaji = RM1500,
- Cuti Tanpa Gaji (CTG) = 4 hari,
- Bulan Gaji = Julai (31 hari)
Formula Cuti Tanpa Gaji Pro Rata:
Penolakan CTG = (Gaji / Jumlah Hari bulan Gaji) x Hari Cuti Tanpa Gaji
Masukkan keterangan gaji Contoh3 ke dalam formula CTG:
= (1500 /31 hari ) x 4 hari
= (1500 / 31 ) x 4
= (48.39) x 4
= 193.55
Penolakan Cuti Tanpa Gaji bagi 4 hari seperti di atas adalah RM193.55
Seterusnya pengiraan bagi caruman kwsp, perkeso dan sip harus mengambil kira jumlah penolakan cuti tanpa gaji ini kerana pada dasarnya jumlah ini tidak perlu dicarum
Kaedah pengiraan bagi caruman kwsp, perkeso, sip serta Gaji Bersih bagi Contoh3 di atas adalah seperti berikut:
- Cara dapatkan caruman KWSP
Jumlah caruman bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman KWSP yang terkini yang boleh di dapati dari website KWSP.
Menurut Contoh3 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum KWSP adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum KWSP |
Gaji = RM1500 CTG =(RM193.55) | RM1306.45* * Nota: Cuti Tanpa Gaji (CTG) adalah tidak perlu di carum dan ia harus ditolak daripada gaji untuk dapatkan pendapatan perlu carum (1500-193.55=1306.45) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1306.45 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual KWSP di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman kwsp bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM172
- Caruman Pekerja =RM146
- Jumlah caruman =RM318
- Cara dapatkan caruman PERKESO
Jumlah caruman bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman Perkeso yang terkini yang boleh di dapati dari website Perkeso.
Menurut Contoh3 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum PERKESO adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum PERKESO |
Gaji = RM1500 CTG =(RM193.55) | RM1306.45* * Nota: Cuti Tanpa Gaji (CTG) adalah tidak perlu di carum dan ia harus ditolak daripada gaji untuk dapatkan pendapatan perlu carum (1500-193.55=1306.45) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1306.45 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual PERKESO di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman perkeso bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM23.65
- Caruman Pekerja =RM6.75
- Jumlah caruman =RM30.40
- Cara dapatkan caruman SIP
Jumlah caruman SIP bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman SIP yang terkini, yang boleh di dapati dari website PERKESO.
Menurut Contoh3 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum SIP adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum SIP |
Gaji = RM1500 CTG =(RM193.55) | RM1306.45* * Nota: Cuti Tanpa Gaji (CTG) adalah tidak perlu di carum dan ia harus ditolak daripada gaji untuk dapatkan pendapatan perlu carum (1500-193.55=1306.45) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1306.45 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual SIP di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman sip bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM2.70
- Caruman Pekerja =RM2.70
- Jumlah caruman =RM5.40
- Cara kira Gaji Bersih (sekiranya terdapat Cuti Tanpa Gaji)
Setelah mendapatkan jumlah semua caruman di atas, majikan boleh mula membuat pengiraan gaji bersih (Nett Salary), dengan cara menolakkan (CTG) daripada Gaji Basic, dan kemudian menolakkan jumlah tersebut dengan jumlah caruman pekerja bagi kwsp, perkeso dan sip seperti formula di bawah:
Keterangan gaji bagi Contoh3 yang telah berjaya diperolehi:- Gaji Basic = RM1500
- Penolakan CTG = RM193.55
- Caruman KWSP pekerja = RM146
- Caruman PERKESO pekerja = RM6.75
- Caruman SIP pekerja = RM2.70
Formula:
Gaji Bersih = Gaji Basic – (Caruman KWSP pekerja + Caruman perkeso pekerja + Caruman sip pekerja + CTG)
Masukkan keterangan gaji Contoh2 ke dalam formula Gaji Bersih:
= 1500 – ( 146 + 6.75 + 2.70 + 193.55 )
= 1500 – (349)
= 1500 – 349
= 1151
Gaji bersih yang perlu dibayar pada pekerja adalah RM1151
Langkah seterusnya adalah untuk merekabentuk slip gaji dengan menggunakan applikasi yg sesuai seperti Microsoft Words, Excel, Powerpoint atau lain-lain. Masukkan data-data gaji yang telah diperolehi di atas ke dalam Slip gaji pekerja yang telah dibina, seperti contoh di bawah:

Iklan
Template Payrollexcel dilengkapi dengan Penolakan /Deduction – Cuti Tanpa Gaji. Anda hanya perlu masukkan gaji dan jumlah hari Cuti Tanpa Gaji, dan seterusnya sistem akan mengira keseluruhan jumlah caruman kwsp, perkeso dan sip yang patut dicarum, serta Gaji Bersih yang patut di bayar kepada pekerja. Sila ke Tutorial Page untuk info lanjut, atau ke Home page untuk beli template.
Penafian:
- Tulisan ini adalah untuk tujuan perkongsian pendapat semata-mata dan bukannya nasihat perundangan
- Sila hubungi pejabat buruh yang terdekat sekiranya terdapat sebarang kemusykilan perihal pengiraan gaji pekerja.