
Bayaran Kerja Lebih Masa atau Overtime (OT) dibayar kepada seseorang pekerja yang telah melaksanakan sesuatu pekerjaan, lebih daripada masa kerja beliau yang biasa. Majikan perlu tahu cara untuk membuat pengiraan kerja lebih masa yang betul, supaya bayaran yang diterima oleh pekerja tersebut adalah setimpal dan menurut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk info lanjut tentang cara pengiraan kerja lebih masa, boleh rujuk ke entry kami yang bertajuk Cara kira OT 2023. Seterusnya kita lihat cara kira gaji bersih dan OT seperti di bawah:
Cara Kira Gaji Bersih dan OT
Pengiraan gaji bagi keadaan ini adalah berbeza sedikit dari yang sebelumnya (hanya gaji basic sahaja) kerana terdapat pendapatan tambahan iaitu bayaran overtime. Keterangan di bawah menunjukkan cara untuk mendapatkan jumlah caruman bagi pekerja serta majikan, dan juga gaji bersih pekerja
Contoh 2:
- Gaji Pokok/Basic = RM1500,
- Jumlah Bayaran OT = RM100*
(*Nota: Sila rujuk blog “Cara Kira OT 2023” untuk mempelajari kaedah pengiraan OT)
Kaedah pengiraan bagi caruman kwsp, perkeso, sip serta Gaji Bersih bagi Contoh2 di atas adalah seperti berikut:
- Cara dapatkan caruman KWSP
Jumlah caruman bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman KWSP yang terkini yang boleh di dapati dari website KWSP.
Menurut Contoh2 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum KWSP adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum KWSP |
Gaji = RM1500 OT = RM100 | RM1500* (* Nota: OT tidak termasuk di dalam Akta KWSP, Oleh itu ia tidak perlu dicampur dengan gaji pokok untuk dapatkan pendapatan perlu carum) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1500 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual KWSP di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman kwsp bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM195
- Caruman Pekerja =RM165
- Jumlah caruman =RM360
- Cara dapatkan caruman PERKESO
Jumlah caruman bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman Perkeso yang terkini yang boleh di dapati dari website Perkeso.
Menurut Contoh2 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum PERKESO adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum PERKESO |
Gaji = RM1500 OT = RM100 | RM1600* (* Nota: Bayaran OT adalah termasuk di dalam Akta Perkeso, Oleh itu ia perlu dicampur dengan gaji pokok untuk dapatkan pendapatan perlu carum) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1600 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual PERKESO di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman PERKESO bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM27.15
- Caruman Pekerja =RM7.75
- Jumlah caruman =RM34.90
- Cara dapatkan caruman SIP
Jumlah caruman SIP bagi pekerja dan majikan boleh didapati dengan cara merujuk jadual caruman SIP yang terkini, yang boleh di dapati dari website PERKESO.
Menurut Contoh2 seperti di atas, pendapatan yang perlu dicarum SIP adalah seperti berikut:
Pendapatan | Pendapatan perlu carum SIP |
Gaji = RM1500 OT = RM100 | RM1600* (* Nota: Bayaran OT adalah termasuk di dalam Akta Perkeso, Oleh itu ia perlu dicampur dengan gaji pokok untuk dapatkan pendapatan perlu carum) |
Setelah menyemak-silang pendapatan perlu carum RM1600 , di antara julat pendapatan (kotak merah screenshot jadual SIP di bawah), dengan kolum Majikan dan Pekerja. Maka, caruman SIP bagi majikan dan pekerja adalah seperti di bawah:

- Caruman Majikan =RM3.10
- Caruman Pekerja =RM3.10
- Jumlah caruman =RM6.20
- Cara kira Gaji Bersih
Setelah mendapatkan jumlah semua caruman di atas, majikan boleh mula membuat pengiraan gaji bersih (Nett Salary), dengan cara mencampurkan Gaji Basic dan bayaran OT, kemudian menolakkan jumlah tersebut dengan jumlah caruman pekerja bagi kwsp, perkeso dan sip seperti formula di bawah:
Keterangan gaji bagi Contoh2 yang telah berjaya diperolehi:- Gaji Basic = RM1500
- Bayaran OT = RM100
- Caruman KWSP pekerja = RM165
- Caruman PERKESO pekerja = RM7.75
- Caruman SIP pekerja = RM3.10
Formula:
Gaji Bersih = Gaji Basic + Bayaran OT – (Caruman KWSP pekerja + Caruman perkeso pekerja + Caruman sip pekerja)
Masukkan keterangan gaji Contoh2 ke dalam formula Gaji Bersih:
= 1500 + 100 (165 + 7.75 + 3.10)
= 1600 – (175.85)
= 1500 -175.85
= 1424.15
Gaji bersih yang perlu dibayar pada pekerja adalah RM1424.15
Langkah seterusnya adalah untuk merekabentuk slip gaji dengan menggunakan applikasi yg sesuai seperti Microsoft Words, Excel, Powerpoint atau lain-lain. Masukkan data-data gaji yang telah diperolehi di atas ke dalam Slip gaji pekerja yang telah dibina, seperti contoh di bawah:

Iklan
Template Payrollexcel dilengkapi dengan OT calculator dan jadual caruman KWSP, PERKESO dan SIP yang terkini (built-in). Anda hanya perlu masukkan gaji basic serta jam OT, dan seterusnya sistem akan mengira jumlah bayaran OT, jumlah caruman kwsp, perkeso dan sip yang patut dicarum, serta Gaji Bersih yang patut di bayar kepada pekerja. Sila ke Tutorial Page untuk info lanjut, atau ke Home page untuk beli template.
Penafian:
- Tulisan ini adalah untuk tujuan perkongsian pendapat semata-mata dan bukannya nasihat perundangan
- Sila hubungi pejabat buruh yang terdekat sekiranya terdapat sebarang kemusykilan perihal pengiraan gaji pekerja.